Profil Unit Audit Dalam

Latar Belakang

Unit Audit Dalam telah melalui beberapa perubahan kedudukan dalam struktur carta organisasi Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Unit ini pernah diletakkan dibawah bahagian akaun bagaimana pun selaras dengan kehendak Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur serta fungsi Unit Audit Dalam itu sendiri,

Unit Audit Dalam kini berasingan dan bertanggung-jawab terus kepada Pengarah JKNS.

Pada masa ini, Unit Audit Dalam diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 dan dibantu oleh dua orang kakitangan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 dan N19.

Objektif

Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan Jabatan mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang bersistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus dengan:


1) Mempertingkatkan tahap pematuhan peraturan kewangan semua Bahagian di dalam JKNS kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.


2) Memastikan program/ aktiviti/projek jabatan dapat diuruskan dengan cekap, berkesan dan ekonomi.

3) Menentukan keberkesanan dan kecekapan semua aplikasi ICT.

Fungsi Utama

Fungsi Utama Unit Audit Dalam ialah menjalankan pengauditan pengurusan merangkumi pemeriksaan terhadap kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan diuruskan mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.


Bidang tugas Unit Audit Dalam adalah seperti berikut:


1) Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.

2) Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

3) Mengkaji aktiviti organisasi diurus secara berhemat, cekap dan berkesan.

4) Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi daripada kehilangan, penipuan dan penyelewengan.

5) Memberi nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman sistem termasuk sistem teknologi maklumat.

6) Melaporkan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.

7) Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam.

8) Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

9) Audit susulan Pengauditan iaitu pengauditan semula terhadap maklumbalas yang diberikan terhadap laporan pengauditan yang telah dilaksanakan Audit sebagai penambahbaikan berterusan terhadap penemuan teguran yang ditimbulkan.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Unit Audit Dalam, dengan penuh tekad dan iltizam akan:


1) Melaksanakan pengauditan mengikut jadual perancangan tahunan, secara professional dengan berpandukan piawaian pengauditan yang diterima umum.


2) Mengeluarkan laporan/pemerhatian pengauditan kewangan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengauditan selesai dilaksanakan.


3) Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan sebelum 31 Januari setiap tahun semasa.


4)Mengeluarkan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

Alamat kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Emel: helpline.keretapi@gmail.com / korporat.keretapisabah@gmail.com

Faks: 088-279319

Dasar Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail bunyi, fail video, susunan struktur, kod sumber dan semua aspek lain adalah hak cipta oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diniagakan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk sebarang tujuan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, atau sumber yang betul.


ADUAN AWAM

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No. 1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

latihankorporat@gmail.com

088-279 300