Ringkasan Sejarah JKNS Sejak 1896

1. Penubuhan Perkhidmatan Keretapi

Sejarah penubuhan perkhidmatan keretapi di Negeri Sabah bermula sejak zaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) lagi. 

Perkhidmatan keretapi telah dicadangkan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan BNBCC ketika itu, iaitu William Clarke Cowie.Hasilnya pada tahun 1896, pembinaan landasan keretapi dari Beaufort ke Weston bermula yang diketuai oleh Arthur J. West, seorang Jurutera Awam Inggeris. 

2. Pembinaan Landasan 193 km

Landasan keretapi yang pertama telah bermula dari Bukau ke Weston sepanjang 37 km dan seterusnya dari Beaufort ke Melalap sepanjang 65 km.

Pembinaan rangkaian landasan keretapi telah didorongi oleh perkembangan permintaan barangan getah asli dan tembakau yang terdapat di daerah Tenom manakala Weston dijadikan sebagai pelabuhan untuk mengeksport barangan keluaran dari Daerah Tenom dan Beaufort.

Kesemua rangkaian landasan keretapi sepanjang 193 km telah disiapkan pada zaman British North Borneo Chartered Company. 

3. Tunjang Ekonomi North Borneo

Selain menghubungkan bahagian timur dan barat di sebelah Utara Borneo, pembinaannya adalah bagi membantu membangunkan industri getah dan tembakau yang di tanam di daerah pendalaman seperti Melalap, Tenom dan Beaufort. 

Perkhidmatan keretapi yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman ini ke pelabuhan di Kota Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.  Perkhidmatan ini juga digunakan untuk mengangkut barangan luar bagi penduduk-penduduk di daerah pedalaman.  Selain daripada itu, perkhidmatan keretapi juga adalah untuk mengangkut penumpang-penumpang yang tinggal di sepanjang landasan keretapi dan barangan mereka seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual di Pekan Tenom dan Beaufort.

4. Landasan Keretapi dari Beaufort ke Jesselton

Pada tahun 1906 landasan keretapi dari Beaufort ke pelabuhan di Jesselton (Kota Kinabalu) telah disiapkan dan ini membolehkan bandar-bandar di sepanjang landasan keretapi berkembang maju.  Disebabkan aktiviti ini, pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain telah wujud dan membangun di sepanjang landasan keretapi.  Perkhidmatan keretapi juga menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan menjadi penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi Negeri Sabah.

5. Kesan Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 telah merosakkan banyak infrastruktur landasan dan menyebabkan pemulihan perkhidmatan memakan masa yang panjang.  Akibat tersebut landasan di antara Tenom ke Melalap telah ditutup dan seterusnya dari Beaufort ke Bukau setelah Pelabuhan Kota Kinabalu menjadi pelabuhan utama British North Borneo Chartered Company.  Sehingga tahun 1978 landasan keretapi hanya tinggal 140 km.  Penutupan landasan keretapi dari Tanjung Aru ke Pelabuhan Kota Kinabalu pada tahun 1979 menyebabkan penurunan pendapatan yang ketara disebabkan penghantaran barangan ke pelabuhan melibatkan double handling yang mana tidak efisien dan kos yang tinggi.

6. Landasan 134 km

Sejak tahun 1979 sehingga masa kini, panjang landasan adalah 134 km dari Tanjung Aru ke Tenom.  Sehingga tahun 2005, perkhidmatan keretapi Negeri Sabah menjalankan perkhidmatan penumpang pelancongan yang telah berkembang pesat melalui Vulcan Steam Train (North Borneo Railway) dan aktiviti White Water Rafting di antara Rayoh dan Pangie.

7. Asal usul nama JKNS

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) atau dikenali sebagai North Borneo Railway (NBR) pada ketika itu ditubuhkan dengan rasminya pada 01 Ogos 1914 melalui Chapter 116 of The Ordinance of North Borneo.  Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, nama North Borneo Railway telah ditukar kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

8. Organisasi JKNS Masa Kini

Pada masa kini, JKNS diketuai oleh Pengarah dan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Pentadbiran, Akaun, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Lalulintas dan Stor.  JKNS terus berkembang dan meneruskan operasinya dan kini mempunyai seramai 416 kakitangan yang sedang berkhidmat dari pelbagai kategori jawatan.

Lagu Rasmi JKNS

Alamat kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Emel: helpline.keretapi@gmail.com / korporat.keretapisabah@gmail.com

Faks: 088-279319

Dasar Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail bunyi, fail video, susunan struktur, kod sumber dan semua aspek lain adalah hak cipta oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diniagakan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk sebarang tujuan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, atau sumber yang betul.


ADUAN AWAM

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No. 1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

latihankorporat@gmail.com

088-279 300