Profil Bahagian Kejuruteraan Awam

Pengenalan

Bahagian Jurutera Awam merupakan bahagian terpenting dalam pengendalian infrastruktur seperti landasan, jambatan, dan bangunan untuk diselenggara agar sentiasa dalam keadaan baik dan selesa digunakan.

Objektif

Bertanggungjawab untuk memastikan semua Landasan Tetap Keretapi sejauh 134 Kilometer, Jambatan Keretapi, Terowong Keretapi, Pembentungan stesen-stesen, Bangunan-bangunan Bengkel yang terdapat di Tg. Aru, Papar, Beaufort, Tenom, Rumah kakitangan di Sepanjang Landasan Keretapi dari Tg. Aru hingga Tenom berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh kakitangan dan orang awam.

Fungsi Utama

Menyediakan kertas kerja perancangan perbelanjaan pembangunan untuk Pembangunan Rancangan Malaysia setiap 5 tahun dan juga perancangan perbelanjaan penyelenggaraan tahunan.

Bertanggungjawab membuat perancangan dan juga penyeliaan ke atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh Kakitangan di Bahagian Jurutera Awam.

Mennyediakan pelan lukisan untuk projek-projek Pembangunan dan juga penyelengaraan untuk tujuan panggilan tender ataupun sebutharga.

Menyediakan dokumen tender dan sebut harga untuk Projek-Projek Pembangunan dan Penyelengaraan mengikut peruntukan yang telah disediakan di Bahagian Jurutera Awam.

Unit-Unit Kecil Bahagian Jurutera Awam

Jurutera Awam mempunyai empat (4) unit yang terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab;

Unit Landasan Tetap

Unit Jambatan

Unit Bangunan

Unit Pelan

Unit Landasan Tetap (Permanent Way Inspector)

Unit di bahagian ini di bahagikan kepada tiga (3) bahagian kecil bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lebih berkesan;


a) Unit Landasan Tetap Tg. Aru.(Stesen Tg. Aru-Stesen Membakut)

b) Unit Landasan Tetap Beaufort.(Stesen Membakut-Stesen Halogilat)

c) Unit Landasan Tetap Tenom.(Stesen Halogilat-Stesen Tenom)


Unit Landasan tetap ini bertanggungjawab untuk memastikan keseluruhan landasan adalah selamat dan selesa dilalui oleh keretapi pada setiap masa.

Unit Merinyu Jambatan (Bridge Inspector)

Unit ini berpusat di Papar untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan di sepanjang landasan dari Tg. Aru ke Tenom.Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan semua jambatan, culvert, terowong dan turn table di sepanjang landasan keretapi Tg. Aru – Tenom adalah selamat untuk dilalui pada setiap masa.

Jumlah Keseluruhan Jambatan dan Culvert

Jenis Culvert/Jambatan

Jumlah

  1. Open Concrete/Culvert

14

2 Concrete Culvert

105

3 Bridge

56

4 Open Top Culvert

15

5 Drain/Concrete Drain/Open Drain

68

6 PVC Culvert

1

7 Box Culvert

4

8 Twin Concrete Culvert

5

9 RC Drain

15

10 Sleeper Crib Culvert

1

11 Iron Bridge

1

Jumlah

285

Unit Bangunan (Foremen of Work)

Unit ini berpusat di Tg. Aru dan bertanggungjawab bagi memastikan seluruh bangunan-bangunan pejabat dan kuarters Jabatan Keretapi Negeri Sabah berada dalam keadaan baik dan selamat diduduki oleh semua Kakitangan Jabatan.

Jumlah Bangunan JKNS

Stesen

Jumlah Rumah

Jumlah Bangunan Workshop

Bangunan Stesen

  1. Tanjung Aru

68

6

14

2 Lok Kawi

2

105

3 Kinarut

2

56

4 Kawang

2

15

5 Papar

8

1

68

6 Kimanis

4

1

7 Bongawan

2

4

8 Lumat

2

5

9 Membakut

6

15

10 Beaufort

54

2

1

11 Jimpangah

18

12 Halogilat

7

1

13 Rayoh

8

1

14 Pangi

10

1

15 Tenom

40

2

1

Jumlah

233

11

14

Unit Pelan

Unit ini bertempat di Tg. Aru dan bertanggung jawab untuk menyediakan lukisan pelan dan menyimpan semua lukisan pelan dengan selamat.

Alamat kami:

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No.1, Aeropod Road, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Emel: helpline.keretapi@gmail.com / korporat.keretapisabah@gmail.com

Faks: 088-279319

Dasar Hak Cipta: Semua bahan termasuk kandungan, maklumat, teks, imej, grafik, aplikasi, fail bunyi, fail video, susunan struktur, kod sumber dan semua aspek lain adalah hak cipta oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diniagakan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Penafian: Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini atau dimasukkan sebagai pautan. Tiada tanggungjawab akan diterima untuk ketepatan, kesempurnaan, atau kesesuaian maklumat untuk tujuan pengguna. Bagi sesiapa yang menggunakan maklumat untuk sebarang tujuan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, atau sumber yang betul.


ADUAN AWAM

Jabatan Keretapi Negeri Sabah, No. 1, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

latihankorporat@gmail.com

088-279 300